DOTA2: Ahjit kini bersama EHOME, berganding dengan xNova

Pemain tunjang EHOME, Song “Sccc” Chun sudah pun meninggalkan skuad itu dan nampaknya organisasi China ini begitu cepat mencari pengganti.

Mereka umumkan pemain carry dari LGD.International, Lai “Ahjit” Jay Son kini menyertai. Yang menariknya, EHOME kini mempunyai dua pemain Malaysia iaitu Ahjit dan Yap “xNova” Jian Wei.

Ini adalah keputusan Sccc sendiri untuk meninggalkan organisasi dan EHOME tinggal beberapa hari lagi untuk menyertai Dota Pro Circuit China Regional League Season 1 yang mana mereka dijemput terus ke divisi atas.

Ahjit pula sangat bertuah kerana sebelum ini beliau tak berjaya layak bermain di divisi bawah Asia Tenggara dan kini mendapat tempat bermain di Major pertama tahun ini di rantau China.

Beliau menyertai LGD.International tahun lalu dan bermain beberapa kejohanan tapi pasukan itu kemudiannya menjadi tidak aktif.

Ahjit akan membuat debut pada 18 Januari ini dengan format kejohanan offline, berbeza dengan rantau lain. PSG.LGD, Vici Gaming dan Elephant juga dijemput ke kejohanan China tersebut.

  • Roster penuh EHOME:
  • Lai “Ahjit” Jay Son
  • Guo “Xm” Hongcheng
  • Yang “Chalice“ Shenyi
  • Pan “Fade” Yi
  • Jian Wei “xNova” Yap

Sumber rujukan: VPEsports

Foto: Dreamhack

RELATED NEWS

+