DOTA2: Arcana Queen of Pain, Eminence of Ristul dilancarkan

Valve hari ini melancarkan Arcana baru untuk hero popular mereka, Queen of Pain.

Eminence of Ritsul boleh didapatkan dengan pembelian Battle Pass dan level yang mencecah 445. Kali ini, Queen of Pain memegang cemeti dan mengalami perubahan ketara dari segi ikon abiliti, model, animasi, efek kuasa dan paling menarik adalah ultimate Sonic Wave yang meninggalkan efek tanah merekah di sepanjang laluannya.

Lihat abiliti penuh Arcana ini di bawah:

Pembeli Battle Pass pada level 445 juga akan menerima Second Style dengan penggunaan 1,000 kali Sonic Wave ke atas musuh.

Di laman web ini, anda boleh lihat penuh ganjaran diperoleh daripada pembelian Eminence of Ristul dan wallpaper

RELATED NEWS

+