melaporkan kes kapten OG, Sébastien “Ceb” Debs yang mengeluarkan komen berunsur perkauman kepada pemain Russia dalam public games."> melaporkan kes kapten OG, Sébastien “Ceb” Debs yang mengeluarkan komen berunsur perkauman kepada pemain Russia dalam public games." /> melaporkan kes kapten OG, Sébastien “Ceb” Debs yang mengeluarkan komen berunsur perkauman kepada pemain Russia dalam public games." />

DOTA2: Ceb, Solo dan Valve Akan Bekerjasama Atasi Isu Rasis Dalam Public Games

Sebelum ini, kami melaporkan kes kapten OG, Sébastien “Ceb” Debs yang mengeluarkan komen berunsur perkauman kepada pemain Russia dalam public games.

Daripada konflik itu, kapten Virtus.Pro, Alexei “Solo” Berezin mengugut dengan mengatakan tidak akan bertanding di EPICENTER Major jika Valve tak ambil tindakan atau keluarkan kenyataan rasmi berhubung situasi itu. 

Sepatutnya Ceb menunggu hukumannya tapi disebabkan Valve tidak terlibat secara rasmi lagi, beliau menyertai sesi Q&A bersama studio Russia, RuHub, semalam. Sejurus selesai, nampaknya kedua mereka sudah pun mencapai persetujuan bersama bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. 

“Kami akan cuba buat perkara ini jadi kenyataan dan memberi kebaikan kepada semua,” kata Ceb dalam sesi RuHub Q&A tapi tak mendedahkan usaha apa akan dibuat.

“Ia akan jadi inisiatif yang baik dan saya ingin berikan apa yang termampu untuk usaha ini. Untuk komuniti, kita sendiri tahu kita dah buat sesuatu yang menarik bersama-sama sebelum Valve masuk campur lagi. Dari permulaan Dota sampailah sekarang,”

Beliau juga mempertimbangkan untuk aktiviti kebajikan dan usaha lain bagi membersihkan nama.

“Saya nak cari sesuatu yang mana saya boleh tunjukkan kebaikan apa saya boleh bagi. Ia untuk diri sendiri juga. Tak boleh tidur malam fikirkan apa saya tulis kepada mereka (pemain Russia itu),”

Beliau juga memohon maaf pada sesi akhir Q&A itu mengatakan semua orang ada buat silap dan patut diberi peluang kedua. Sejurus selepas itu, Solo memuat naik satu post mengatakan beliau dan Ceb sudah berbincang 2 hari lalu dan ingin bekerjasama mencari solusi bagi isu toksik dalam public games.

“Dalam masa 48 jam lepas, saya berbincang lanjut dengan Seb dan Valve mengenai situasi ini. Kami berusaha untuk mendapatkan solusi bersama-sama dan ia akan mengambil masa. Apa saya boleh katakan sekarang, saya puas hati kerana semua orang ‘sekepala’ dan dengan sokongan Valve, kami boleh atasi isu rasis ini bersama-sama. Sekarang, kami perlu rehat sebentar dan fokus pada patch terbaru, kejohanan akan datang dan permainan kami suka,”

Solo berkata, apabila penyelesaian telah dibuat, beliau akan umumkan lanjut.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+