DOTA2: Ceb Tidak Lagi Di Barisan Utama OG, Mungkin Jadi Jurulatih Kembali

Pemain profesional Dota 2 yang juga juara dunia dua kali berturut-turut, Sébastien Deb atau Ceb membuat keputusan mengundur diri dari barisan utama skuad diwakilinya, OG bagi memberi laluan kepada pemain lain bersinar selain bersedia menggalas tugas sebagai jurulatih atau penganalisa.

Kata Ceb dalam satu kenyataan di laman web rasmi OG, dia ingin menyumbangkan kemahirannya dengan meningkatkan prestasi pasukan OG yang akan mengalami roster shuffle, tidak kisah Dota 2 atau CS:GO.

“Inilah masanya untuk saya undur diri dari barisan utama. Kali ini saya akan menggalas jawatan sebagai individu yang boleh membantu pasukan dan pemain meningkatkan prestasi mereka.

“Saya taknak ia kedengaran macam mahu bersara, tapi ia mungkin juga berlaku. Saya selalu buka pintu untuk apa saja yang mendatang,” katanya.

Buat masa sekarang, OG Dota 2 terdiri daripada dua saja pemain utama, N0tail dan Topson.

JerAx umum persaraan dan Ana pula berehat sebentar, kembali ke musim DPC 2021 tahun depan.

Sepanjang bersama OG, Ceb membantu pasukan itu dengan menjadi jurulatih untuk dua tahun sebelum beralih kepada posisi pemain utama bermula dua tahun lepas.

TAGS

RELATED NEWS

+