DOTA2: Dendi Umum Organisasi E-Sukan Baru Miliknya – B8

Lagenda Dota 2, Danil “Dendi” Ishutin yang juga dikenali dengan pasukan Na’vi, baru-baru ini mengumumkan beliau akan comeback ke arena kompetitif permainan berkenaan.

Dalam satu video acah di Twitter, Dendi kelihatan sudah tua dalam video tersebut dan bahagia bersara. Dia kemudiannya menceritakan kepada cucunya tentang kemenangan di The International 2011.

Ketika menemani cucunya memancing, Dendi terjumpa logo B8 (syarikatnya sekarang) dan menyebut “tak pernah terlalu lambat untuk comeback,”

Kemungkinan beliau akan kembali sebagai pemain profesional, atau jurulatih ataupun menubuhkan satu agensi bagi pengurusan pemain profesional. Tiada info lanjut setakat ini.

Sejak keluar daripada Navi (8 tahun bersama), Dendi pernah menjadi pemain sementara untuk Tigers dan menyertai The Pango sebelum kembali tidak aktif.

TAGS

RELATED NEWS

+