Bukan mudah untuk melihat anak muda kita berada di pentas Asia Tenggara terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang pengulasan di platform PC."> Bukan mudah untuk melihat anak muda kita berada di pentas Asia Tenggara terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang pengulasan di platform PC." /> Bukan mudah untuk melihat anak muda kita berada di pentas Asia Tenggara terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang pengulasan di platform PC." />

DOTA2: Dua anak Malaysia ini gah di pentas Asia Tenggara, kongsi pentas bersama OD Pixel, Fogged
Bukan mudah untuk melihat anak muda kita berada di pentas Asia Tenggara terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang pengulasan di platform PC.
 
Bagai bulan jatuh ke riba, ini adalah salah satu peluang untuk bersinar bagi dua pengulas Dota 2 tempatan, Ng Zhen Chuan (HusKKiee) dan Lee Wei Yip (Arthur).
 

Turut bersama mereka adalah seorang lagi bakat tempatan berpengalaman di peringkat antarabangsa, Winter.

Hasil penat lelah mereka menempa nama dalam industri ini, mereka kini berpeluang untuk berganding bersama pengulas antarabangsa seperti Fogged, OD Pixel dan Lyrical (kesemuanya pernah mengulas The International) dalam kejohanan ONE Esports Dota 2 SEA League yang dianjurkan bersama dengan IO Esports bermula esok.
 
Mari ikuti perkongsian mereka.
 

Ng Zhen Chuan (HusKKiee), 22 tahun

Apa perasaan anda apabila dikejutkan dengan berita ini?
Sebenarnya tak sangka dapat berganding bersama pengulas Dota 2 terbaik dunia. Ia bagai bulan jatuh ke riba kerana saya sememangnya menantikan peluang ini dari dulu lagi. 

Apa mungkin cabaran terbesar akan dihadapi dalam kejohanan ini?

Saya rasa cabaran terbesar adalah terus konsisten memberikan persembahan terbaik setiap hari siaran langsung. Ini kerana barisan pengulas tersohor dunia sudah pastinya mempamerkan prestasi tertinggi dan saya perlu memastikan komitmen sama diberikan untuk tontonan menarik kepada semua.
 
 
Ramai orang sering melihat anda mengulas dalam kejohanan tempatan, tapi bukan lagi di peringkat lebih tinggi seperti ini. Jadi apa komen anda?
Ketika ini, saya bersyukur sebab dapat lakukan apa yang saya sedang usahakan. Di peringkat Asia Tenggara atau antarabangsa, saya tak punya pendedahan yang meluas dan ini akan membuka mata ramai pihak. Satu perkara yang saya boleh katakan, usaha keras selama ini berhasil kerana dapat berkongsi pentas dengan pengulas tersohor lain. 
 
Apa yang orang tidak tahu mengenai diri anda?
– Saya pada mulanya ingin menjadi seorang pemuzik dan penulis lirik kerana minat bermain piano.
– IGN saya, “HusKKiee” adalah rujukan kepada baka anjing – Husky. 
– Semasa di bangku sekolah, saya terlibat dalam kemalangan yang hampir mengakibatkan saya bisu (sebatang pensil tertusuk dekat dengan tekak), jadi sejak itulah saya menghargai suara yang saya ada (mengulas) dapat memberi inspirasi kepada orang lain.
 
Pasukan manakah yang anda teringin sangat nak tengok beraksi/perlawanan menarik ditonton?
Saya menantikan perlawanan Fnatic dan Adroid kerana kedua mereka adalah pasukan terhebat di rantau ini (pada pandangan saya). Saya juga menantikan persembahan pasukan negara, Flower Gaming kerana ini peluang mereka untuk buktikan di Asia Tenggara yang mereka sebenarnya #MalaysiaBoleh. Jika saya boleh memilih perlawanan, saya ingin melihat Neon Esports lawan Flower Gaming. Kedua-duanya bercita-cita tinggi, sukakan cabaran dan sangat menarik untuk saksikan mereka berentap.
 

Lee Wei Yip (Arthur), 23 tahun

Apa perasaan anda apabila dikejutkan dengan berita ini?
Ia sememangnya impian jadi kenyataan. Sejak awal permulaan karier saya, impian saya memang nak masuk dan kenal industri Dota 2 ini dengan lebih mendalam sama ada sebagai pemain, jurulatih ataupun talent. Saya teruja dapat menyambar pelbagai peluang depan mata dan akan cuba yang terbaik untuk kekal berada dalam industri ini (Dota 2).
 
Apa mungkin cabaran terbesar akan dihadapi dalam kejohanan ini?
Cabaran terbesar semestinya pada jurang antara diri saya dan juga pengulas profesional bertaraf antarabangsa. Nak bawa kemahiran mengulas sampai ke tahap mereka itu semestinya mencabar tapi saya berasa teruja untuk belajar ilmu baru macam mana nak mengulas di tahap tertinggi. 

Saya akui sedikit lega kerana ada kritikan membina dari beberapa orang yang berpengalaman untuk bantu saya menjadi lebih baik. Terima kasih kepada Gene a.k.a Hauler!

Seharapnya peluang ini dapat jadi batu loncatan bagi karier saya. Saya taknak letak banyak tekanan pada diri sendiri tapi jujurnya saya nak sampaikan yang terbaik kepada semua.
 

Pernah jadi pembantu jurulatih untuk pasukan Geek Fam Dota 2

Ramai orang yang sering melihat anda mengulas dalam kejohanan tempatan, tapi bukan lagi di peringkat lebih tinggi seperti ini. Apa komen anda?
Saya nak lihat diri saya sebagai seorang yang mengejar impian kerana sejak tahun kedua di universiti, saya dah pasang matlamat untuk berada dalam industri e-sukan. Saya bermula seperti kebanyakan orang lain, seorang peminat tegar Dota 2. Sejak itu, saya banyak luang masa dalam permainan jadi dengan cara ini lebih mudah untuk saya ambil peluang kerana ada pengetahuan mendalam. 
 
Harapan saya adalah perjalanan karier ini boleh menjadi inspirasi kepada yang lain. Apabila kita bekerja keras, percaya, minat dan terus konsisten, nescaya impian boleh jadi kenyataan!
 
Apa yang orang tidak tahu mengenai diri anda? 
– Saya boleh menjadi sangat intense kalau main Ranked..  mungkin sedikit toksik yang memang saya tak suka pun. Hahaha. Tapi mungkin sebab dari dulu memang ada mentaliti untuk main secara kompetitif jadi tak boleh nak elak.
– Ramai yang tak tahu saya seorang atlet untuk sukan bola keranjang ketika sekolah menengah dan di zaman universiti.
 
Pasukan manakah yang anda teringin sangat nak tengok beraksi/perlawanan menarik ditonton?
Saya seorang peminat Geek Fam selepas menyertai mereka sebagai pembantu jurulatih pada 2019. Ketika itu, saya bekerjasama rapat dengan KyXy & Alacrity dan yang lain, jadi bila mereka sertai skuad Reality Rift, saya jadi peminat mereka juga. Saya suka dengan falsafah mereka yang kekal bersama walaupun hanya untuk beberapa kejohanan sahaja. 
 
Sebagai seorang yang grind daripada bawah, saya adalah peminat pasukan underdogs dan pasukan yang masih kekal bersama walaupun banyak berdepan kesukaran. Jadi untuk kejohanan ini saya nak tengok macam mana TNC bangkit kembali dari prestasi kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini kerana saya yakin dengan kepimpinan mereka.
 
——-
Penulis ingin mengucapkan selamat berjaya kepada mereka berdua dan semoga membawakan tontonan perlawanan Dota 2 yang menarik kepada semua!

RELATED NEWS

+