DOTA2: EVOS Esports Bawa Harapan Indonesia Ke Kelayakan Asia Tenggara TI9

Hari ini, keputusan untuk pasukan-pasukan layak ke kelayakan Asia Tenggara The International 2019 dah pun diketahui!

Skuad yang dianggotai oleh bekas pemain Fnatic dan Tigers, Muhammad Rizky “InYourDream” Anugrah (EVOS Esports) berjaya melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan 3 pasukan, HoA, Buriram United dan Dota Hero sebelum tewas di tangan Team Jinesbrus 2-0. Bagaimanapun, mereka bertarung dalam perlawanan penentuan ke atas Resurgence dan berjaya maju dengan skor 2-1. Sengit!

Ini adalah roster penuh untuk EVOS Esports:

  • Muhammad “inYourdreaM” Rizky
  • Usep “Facehugger” Satiawan
  • Adit “Aville” Rosenda
  • Indra “Vlaicu” Utama
  • Matthew “Whitemon” Filemon

Selain EVOS, pasukan Jinesbrus juga layak dan mereka baru saja dibentuk, dibarisi pemain yang kita kenal seperti Nico “Gunnar” Lopez, Forev, Febby, March dan 23 savage. Skuad Adroit yang dianggotai oleh kesemua pemain Filipina juga layak.

Ketiga-tiga pasukan ini akan bertemu dengan BOOM ID (juga skuad Indonesia mendapat direct invite), Mineski serta pemenang-pemenang dari kelayakan terbuka kedua (akan bermula hari ini).

Kelayakan Asia Tenggara pada 7 Julai ini akan menentukan skuad Dota 2 mana yang akan merebut satu-satunya slot Asia Tenggara ke TI9 di Shanghai nanti.

RELATED NEWS

+