DOTA2: Forev Sertai T1, Organisasi E-Sukan Terkenal Dalam League Of Legends

Organisasi e-sukan bertapak di Korea Selatan, T1 yang terkenal dalam arena League of Legends hari ini melebarkan sayap mereka dalam arena Dota 2 buat pertama kalinya!

Menerusi kicauan di Twitter, mereka umum pemain pertama yang menyertai, tak lain tak bukan Lee “Forev” Sang-don. 

Forev adalah pemain profesional Korea Selatan yang pernah bermain untuk MVP Phoenix dan pasukan Asia Tenggara, Team Jinesbrus. 

Beliau juga pernah menyertai kejohanan dunia The International bersama MVP Phoenix.

Sebelum ini, T1 yang dikenali sebagai SKT T1 pernah mengharumkan nama Korea Selatan tiga kali apabila memenangi kejohanan dunia League of Legends, Worlds. Pemain terbaik mereka, Lee “Faker” Sang-hyeok pernah digelar sebagai pemain profesional yang paling berjaya dalam arena e-sukan LOL.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+