DOTA2: Gagak perkenalkan pemain baru, Envious

Pasukan Dota 2, Gagak memperkenalkan pemain baharu mereka, Muhammad Nur Alif Alias (Envious) yang pernah bersama Todak sebelum ini dengan MMR tertinggi, 9,820.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Gagak (@genggagakofficial)

Pengurus, Tarmizi Anuwar berkata, dengan lengkapnya lineup ini, mereka lebih yakin untuk bertanding di beberapa kejohanan terdekat.

“Sekarang kami akan menyertai kejohanan Kapital DAO musim keempat dan Dota 2 Challenger Series dianjurkan oleh Nyala GC.

“Namun, sasaran utama kami adalah Predator League pada September ini,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, Gagak juga akan menyertai kelayakan Dota Pro Circuit (DPC) pada awal Januari 2023 selain menyertai ESL Malaysia 2022 yang akan memulakan pusingan kelayakan.

Berkenaan Envious, dia pernah bermain untuk pasukan Todak, Pang 5, Red Gaming dan Mystery antaranya.

Ini adalah lineup penuh untuk pasukan Dota 2 Gagak.

1. Carry – Muhammad Azim Bin Ratim ‘Clarity’
2. Midlaner – Tay Swee Wui ‘Jaded’
3. Offlaner – Muhammad Nur Alif Bin Alias ‘enviouS’
4. Soft Support – Muhammad Zakwan Bin Abdullah ‘Kuga’
5. Hard Support – Muhammad Ezraf Bin Ramli ‘Yapz’

RELATED NEWS

+