DOTA2: Ini Adalah Kesemua Pasukan Yang Layak Ke DreamLeague Season 13

DreamLeague Season 13 adalah Major kedua seterusnya oleh Valve bagi Dota Pro Circuit musim 2019-2020.

Selepas berlawan dengan begitu sengit di pusingan kelayakan serantau, 15 pasukan akhirnya dipilih.

Eropah: Team Liquid, Alliance dan Secret

China: Invictus Gaming, Vici Gaming dan Team Aster

Asia Tenggara: Reality Rift, Fnatic dan TNC Predator

Negara-Negara Bebas Komanwel (CIS): Virtus.Pro dan Natus Vincere

Amerika Utara: Chaos Esports Club dan Evil Geniuses

Amerika Selatan: paiN Gaming dan Beastcoast

Manakala satu lagi slot akan diberikan kepada pemenang kejohanan Minor, WePlay! Bukovel Minor 2020 tahun depan.

Setakat ini, pasukan yang paling menyerlah adalah IG dan Liquid yang mendominasi pusingan kelayakan serantau mereka.

IG mendapat tempat ketiga di MDL Chengdu Major dan memenangi Dota Summit 11 Minor jadi tak hairanlah mereka mempamerkan prestasi membanggakan. Liquid pula berjaya menewaskan Nigma yang diketuai oleh Kuroky dan bekas pemain Team Liquid lain.

TNC pula mempunyai sedikit masalah pada pusingan awal kelayakan tapi berjaya juga mara.

Nigma akan mencuba nasib di Minor WePlay! nanti selepas tewas di pusingan kelayakan DreamLeague. 

DreamLeague Season 13 akan bermula pada 18 Januari.

RELATED NEWS

+