DOTA2: Ini Adalah Pasukan-Pasukan Bertanding Di WePlay! Bukovel Minor 2020

Dota Pro Circuit 2019-2020 akan membuka lembaran baru awal tahun ini dengan kejohanan Minor pertama, WePlay! Bukovel 2020 yang mengumpulkan lapan pasukan Dota 2 dari Eropah, Asia Tenggara, Amerika Syarikat, China, Amerika Selatan dan CIS bertanding pada 9 Januari ini.

Geek Fam adalah satu-satunya wakil Asia Tenggara (dan organisasi yang bertapak di Malaysia), diikuti oleh Ninjas in Pyjamas, Fighting Pandas, Furia Esports, RNG, Team Spirit, Gambit Esports dan Nigma.

Nampaknya EternaLEnVy kembali ke arena Dota 2 bersama lineup baru dan NIGMA (diwakili oleh bekas pemain Team Liquid adalah pasukan yang perlu diberi perhatian kali ini).

Minor ini mempertandingkan hadiah terkumpul RM1.22 juta, 660 mata DPC dan satu slot ke DreamLeague Leipzig Major. Ia akan diadakan di Bukovel, Ukraine bermula 9 Januari hingga 12 Januari.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+