DOTA2: IYD Tetap Posisi Satu, Dreamocel Menjadi Support

Sebelum ini kami melaporkan Muhammad “inYourdreaM” Rizky yang menyertai kembali skuad lamanya, BOOM ID selepas meninggalkan EVOS.

Tapi disebabkan ada lebih 3 pemain core maka pasukan itu perlu menilai kembali macam mana roster mereka perlu dibentuk.

Dalam satu kenyataan, inYourDreaM akan mengambil alih posisi Randy Muhammad “Dreamocel” Sapoetra sebagai carry dan Dreamocel pula akan mencuba sesuatu yang baru dalam karier profesionalnya; berlatih dan membiasakan diri sebagai posisi keempat (support).

IYD adalah aset yang cukup penting dalam skuad ini kerana pengalaman beliau bersama pemain seperti David “MoonMeander” Tan dan Theeban “1437” Siva.

Setiap pemain sudah pun menandatangani kontrak dan mereka akan menyertai kejohanan dalam negara dan antarabangsa dalam masa terdekat.

Lineup BOOM ID dari posisi 1 hingga 5:

  • Muhammad “inYourdreaM” Rizky
  • Rafli “Mikoto” Fathur Rahman
  • Saieful “Fbz” Ilham
  • Randy “Dreamocel” Sapoetra
  • Alfi “Khezcute” Nelphyana

Kata pengurus mereka, Brando Oloan, IYD adalah pemain paling baik untuk posisi itu manakala Jhocam (bekas pemain) pula antara posisi keempat terbaik di Indonesia dan Dreamocel akan membuktikan kemahiran beliau untuk posisi ini.

“Bukan saja untuk layak ke Minor tapi juga kejohanan-kejohanan Major Dota Pro Circuit kelak,” katanya.

BOOM ID kini sedang bermain dalam Kejohanan ESL Indonesia Musim Kedua.

Sumber: VPEsports

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+