DOTA2: Kuroky Adalah Pemain E-Sukan Dengan Jumlah Pendapatan Tertinggi – RM17.4 juta

Pemain profesional Dota 2 daripada Team Liquid, Kuro Salehi Takhasomi atau Kuroky kini berada di tangga pertama untuk carta pemain e-sukan dengan pendapatan tertinggi.

Menurut rekod yang didapati di esportsearnings.com, Kuroky berjaya memperoleh sebanyakĀ USD4.23 jutaĀ (RM17.4 juta) dan 1,000 kemenangan dalam karier e-sukannya sejak 11 tahun yang lalu.

Anak muda kelahiran Jerman berusia 26 tahun ini pernah menyertai pelbagai pasukan profesional Dota 2 dan wang kemenangan terbanyak diperolehnya daripada The International 7 sebanyak USD2.17 juta.

Pendapatan tertingginya juga bersama Team Liquid iaitu sebanyak USD3.5 juta.

Sumber: esportsearnings.com

Untuk berita lanjut mengenaiĀ gamingĀ dan e-sukan, ikuti kami diĀ FacebookĀ danĀ Instagram.
Saksikan kami diĀ YouTube.

RELATED NEWS

+