DOTA2: MidOne Mungkin Tidak Akan Keluar Dari Secret – Belum Ada Pengumuman

Pemain profesional Dota 2 negara, Yeik Nai Zheng atau MidOne mungkin akan terus bermain bersama organisasi Eropah, Team Secret.

Sebelum ini, ada tipster (pendedah maklumat) yang boleh dipercayai mengatakan Matumbaman akan menggantikan posisi pemain Malaysia itu. 

Mengikut posting itu, pemain lain seperti Nisha, Zai, Yapzor dan Puppey masih kekal bersama pasukan sementara MidOne akan meninggalkan Secret.

Bagaimanapun, menurut satu kenyataan terkini dari Team Secret, mereka mengatakan “belum ada perubahan” akan dibuat. Ini adalah sebahagian kenyataan itu:

“Selepas menempuhi satu tahun yang kompetitif dan persediaan ke TI, pasukan DotA 2 kami akan mengambil masa untuk berehat sebelum bersedia ke musim baru Dota Pro Circuit. Kami tiada pengumuman buat masa ini dan akan melangkau Major pertama di Chengdu bagi pemain berehat. Dengan mengambil kira jangka masa musim baru ini dan impaknya pada kesihatan pasukan, kami akan pastikan mereka bersedia untuk DPC ini dalam keadaan lebih bersedia dan penuh bertenaga.

“LAN pertama kami adalah ONE Esports DotA 2 World Pro Invitational Singapore pada Disember dengan hadiah wang terkumpul AS$500,000. PSG.LGD, Virtus.pro, EG dan Natus Vincere juga akan bertanding,”

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

FOTO: Dreamhack

RELATED NEWS

+