DOTA2: MidOne Tersingkir Dari The International 2019

Selepas berhempas pulas bertarung di lower bracket, nasib pemain negara, Yeik Nai Zheng atau MidOne akhirnya terjawab apabila perjuangan beliau kini berakhir untuk menjulang Aegis of Champions di kejohanan dunia Dota 2, The International 2019 yang berlangsung di Shanghai, China.

MidOne bersama pasukannya, Team Secret terkandas di pusingan lower bracket ke atas skuad Eropah, Team Liquid yang bermain dengan begitu agresif dengan draft Alchemist seterusnya membawa skuad kuda itu dengan kemenangan 2-0. Prestasi pemain baru untuk Liquid, Aliwi “W33” Omar juga sangat memberangsangkan sepanjang The International 2019 ini.

Sungguhpun tewas, Team Secret membawa pulang wang tunai keseluruhan AS$2 juta (RM8.38 juta).

MidOne antara pemain tersohor negara selepas dilamar Team Secret sejak 3 tahun lalu. Beliau sebelum itu bermain untuk skuad Asia Tenggara, Fnatic.

Ketika bersama Secret, beliau membantu pasukan itu memenangi dua Major, MDL Disneyland dan Chongqing Major. Team Secret juga berada di tangga teratas Dota Pro Circuit dengan 14,400 mata tanpa perlu melalui pusingan kelayakan serantau.

Foto: Liquipedia

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+