DOTA2: MidOne, xNova dan Ah Fu Adalah Wakil Malaysia Di Kejohanan Epicenter Major, Russia

Ini adalah masanya untuk kejohanan Major terakhir dalam musim Dota 2 Pro Circuit (DPC) musim 2018-2019!

Epicenter Major membariskan 16 skuad Dota 2 dari serata dunia merebut hadiah wang tunai terkumpul USD$1 juta (RM4.14 juta) dan 15,000 mata DPC sebelum pusingan kelayakan The International 2019 akan bermula.

Kalau kita perhatikan senarai pasukan yang layak, hanya Yap Jian Wei (xNova) dari PSG.LGD dan Yeik Nai Zheng (MidOne) dari Team Secret dan Ah Fu (Royal Never Give Up) mewakili Malaysia untuk ke kejohanan ini. Walaupun skuad Dota 2 membariskan ahli dari pelbagai negara, namun, ia adalah satu pencapaian kerana ketiga-tiga mereka sangat konsisten bersama skuad masing-masing untuk bermain sehingga ke tahap ini.

Mereka belum lagi berjaya menjulang Aegis of Champions jadi kita bakal menyaksikan bagaimana mereka bermain di The International 2019 kali ini.

Kalau dilihat dalam ranking DPC pun, Team Secret ungguli carta di tempat pertama dan LGD masih di kedudukan baik iaitu tempat kelima. 

Jangan lupa saksikan live di Twitch bermula jam petang ini!

RELATED NEWS

+