DOTA2: N0tail Adalah Pemain E-Sukan Dengan Jumlah Pendapatan Tertinggi – RM28.6 Juta

Lima pemain profesional dari OG Dota 2, Anathan “Ana” Pham, Topias “Topson” Taavitsainen, Sébastien ‘Ceb’ Debs, Jesse “JerAx” Vainikka dan kapten, Johan “N0tail” Sundstein kini menggalas kedudukan paling teratas di carta ‘pemain e-sukan dengan pendapatan tertinggi’.

Mengikut rekod dikeluarkan oleh esportsearnings, N0tail adalah yang tertinggi dengan pendapatan berbentuk wang tunai terkumpul sebanyak AS$6.8 juta (RM28.6) juta diikuti JerAx (AS$6.46 juta), ana (AS$5.96 juta), Ceb (AS$5.48 juta) dan Topson (AS$5.4 juta).

Mereka mencatkan rekod bersejarah ini selepas memenangi kejohanan dunia Dota 2, The International secara berturut-turut iaitu The International 8 dan semalam, kesembilan. TI9 menawarkan sebanyak RM64 juta sebagai habuan utama kepada juara.

Kelima-lima pemain ini mengambil alih kedudukan empat pemain terdahulu dari Team Liquid yang berada di tangga lima teratas selepas memenangi The International 2017.

OG membuat kejutan luar biasa dalam sejarah The International apabila menjulang Aegis dua kali berturut-turut.

Sumber: Esportsearnings

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+