DOTA2: Nigma Mara Ke WePlay! Bukovel Minor

Pasukan yang dianggotai bekas pemain Team Liquid, Kuroky, Miracle-, W33, Mind Control dan GH akhirnya lolos ke WePlay! Bukovel Minor tahun depan selepas mempamerkan prestasi cemerlang di pusingan kelayakan Eropah kejohanan itu.

Biarpun tewas di kelayakan Major DreamLeague 13, Kuroky menunjukkan skuad mereka adalah king of lower bracket apabila bangkit selepas kekalahan ke atas Vikin.gg di kumpulan menang (upper bracket). 

Mereka menang ke atas Team Singularity dan sekali lagi bertembung Vikin, membawa kemenangan bersih 3-0 sekali gus merebut satu-satunya slot dari Eropah itu.

Nigma akan cuba yang terbaik di Bukovel untuk mendapatkan satu-satunya slot bagi bertanding kembali di DreamLeague 13, Major yang menawarkan 15,000 mata dan AS$1 juta di Leipzig, Jerman.

RELATED NEWS

+