DOTA2: OG Ambil Tindakan Terhadap Ceb, Akan Derma Kepada Badan Kebajikan

Sebelum ini, kapten OG, Sebastian ‘Ceb’ Debs dilaporkan mengeluarkan kata-kata berbaur rasis dalam public game dan ia tak disenangi komuniti Dota 2 Russia malah isu itu begitu serius sehingga Alexey ‘Solo’ Berezin pernah menyatakan hasrat untuk memboikot tidak menyertai EPICENTER Major 2019 sebagai tanda solidariti.

Hari ini, OG sendiri datang dengan solusi bagi memastikan tidak ada lagi isu ini berulang dalam komuniti dan mereka mempertahankan standard sebagai organisasi yang perlu bertanggungjawab.

“Seb (Sebastian atau Ceb) perlu menderma apa saja jenis pendapatan atau wang tunai diterima di Epicenter Major kepada badan kebajikan yang akan dinyatakan secara umum. Tambahan, kami akan ‘menyaman’ dengan jumlah yang sama seperti sebulan gaji diterimanya. Dia juga akan memastikan situasi ini takkan berulang lagi,” 

Kenyataan penuh boleh dibaca di SINI. Pengumuman ini juga mendedahkan OG bekerjasama dengan Virtus Pro untuk memberikan sesuatu yang lebih baik dalam komuniti Dota 2 dan cuba menganjurkan showmatch membabitkan kedua-dua pasukan itu di Epicenter.

Bagi penulis, inisiatif ini adalah bagus kerana OG bertanggungjawab dan tak berdiam diri malah berusaha menghapuskan unsur diskriminasi dan rasis dalam public games

Artikel berkaitan: Ceb dituduh rasis dalam public game

Artikel berkaitan: Ceb, Solo dan Valve akan bekerjasama atasi isu rasis dalam public game

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+