DOTA2: OG Bersedia Untuk Menang TI Buat Kali Kedua

Juara The International 2018, Redbull OG berhasrat untuk meneruskan lagi kejayaan dikecapi tahun lalu dengan menjulang Aegis of the Champions sekali lagi dan memenangi kejohanan dunia edisi kesembilan itu yang kini diadakan di Shanghai, China buat pertama kali.

Bekas jurulatih yang kini pemain posisi ketiga, Sébastien “7ckngMad” Debs berkata, mereka sedar banyak perkara perlu diambil kira untuk memenangi TI kali kedua.

“Kami tahu kena banyak bekerja keras untuk sampai ke tahap itu (ke Grand Final dan menang TI9). 

“Tapi kami akan cuba yang terbaik dengan taktik dan percaturan baru dengan pelbagai hero berbeza.

“Strategi itu perlu menjadi, oleh itu banyak perkara perlu diambil kira untuk mengulangi apa yang berlaku pada tahun lepas,” katanya ketika berlangsung sidang media sempena tayangan eksklusif dokumentari “Against The Odds” di Sunway University, Selangor.

Ketika ditanya mengenai proses yang diambil beliau dari jurulatih dan kini menjadi pemain kompetitif, kata Ceb, ia adalah keputusan paling terbaik.

“Sangat lega walaupun rasanya berlainan. Saya boleh katakan menjadi jurulatih ini agak tertekan kerana kita tak boleh mengawal apa berlaku dalam perlawanan (kita bukan pemain).

“Apabila menjadi pemain dengan pengalaman ini, kita tahu apa nak buat dan macam mana nak perbetulkan kesilapan itu segera.

“Dapat bermain di peringkat dunia adalah sesuatu yang saya tak dapat lupa,” katanya.

Kapten OG, Johan “n0tail” Sundstein pula berkata, Malaysia menjadi pilihan utama untuk lokasi bootcamp kerana kemudahan fasiliti.

“Malaysia mempunyai fasiliti yang bagus, kelajuan Internet yang pantas dan penginapan yang sesuai untuk tujuan latihan dan paling penting, zon masa yang sama dengan Shanghai, China.

“Ketika di Kanada pun untuk TI8, kami bootcamp di negara itu untuk membiasakan diri dengan zon waktu di sana,” katanya.

Dalam sidang media itu, ahli-ahli OG lain, Anathan Pham (Ana), Topias Taavitsainen (Topson), Jesse Vainikka (Jerax) dan jurulatih mereka, Titouan Merloz (Sockshka) juga hadir bersama.

Turut diumumkan dokumentari “Against The Odds” yang kini boleh ditonton secara rasmi di Redbull.com Ia adalah tayangan selama 1 jam 20 minit menceritakan persahabatan Notail dan Fly serta perjalanan OG menuju The International.

Gambar featured image: Instagram OG

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+