DOTA2: OG Juara The International 2019, Bawa Pulang RM64 Juta

Selepas pusingan sengit best of 5 ke atas skuad Eropah, Team Liquid, nampaknya juara bertahan, OG tidak ingin menyerahkan Aegis of Champions dengan mudah. Mereka menggunakan draft yang begitu agresif dan memaksa Liquid untuk mengangkat bendera putih dengan kemenangan 3 – 1.

Tahniah OG!

OG mencatatkan sebagai pasukan pertama dalam sejarah The International yang berjaya menjadi juara dua kali berturut-turut (mereka memenangi TI8 pada tahun lepas).

Mereka diwakili oleh Anathan “Ana” Pham, Topias “Topson” Taavitsainen, Sébastien ‘Ceb’ Debs, Jesse “JerAx” Vainikka dan kapten, Johan “N0tail” Sundstein.

Dengan kemenangan ini, pasukan Eropah ini berjaya membawa pulang wang tunai keseluruhan AS$15.5 juta (kira-kira RM64 juta).

Team Liquid pula tidak kurang hebatnya membawa pulang hadiah keseluruhan RM18.4 juta. Mereka adalah king of lower bracket, memenangi setiap perlawanan di pusingan penyingkiran itu namun hanya kalah satu perlawanan berdepan PSG.LGD.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+