DOTA2: Pemain Malaysia, Lai “Ahjit” Jay Son Sertai Skuad China, CDEC Gaming

Selepas Leipzig Major dan kelayakan serantau bagi Bukovel Minor berakhir, CDEC Gaming (organisasi China) akhirnya membuat perubahan roster dan pemain Malaysia, Lai “Ahjit” Jay Son direkrut kepada posisi carry.

Ahjit menggantikan Guo “Eve” Yuhang. Sebelum ini Eve menyertai CDEC pada Mac 2019 dan walaupun digantikan, dia masih bersama pasukan ini tapi sebagai pemain yang tidak lagi aktif. Keputusan ini dibuat sendiri oleh Eve selepas mengumumkan untuk mengundur diri dari arena kompetitif.

Untuk pengetahuan semua, AhJit pertama kali bermain untuk Tigers dan Mineski di rantau Asia Tenggara. Disebabkan CDEC Avenger (pasukan disertai sebelum ini) gagal untuk layak ke Major dan Minor pada awal Dota Pro Circuit 2019-2020, mereka membuat keputusan untuk rekrut beliau ke skuad utama.

AhJit akan bertarung untuk CDEC bagi kelayakan Major dan Minor seterusnya pada Februari nanti.

 

Ini adalah lineup penuh bagi CDEC Gaming dari posisi 1 hingga 5:

  1. Lai “Ahjit” Jay Son
  2. Guo “Xm” Hongcheng
  3. Shen “123” Chao
  4. Zhou “James” Yifu
  5. Chen “Victoria” Guanhong

(Sumber: VPEsports , Foto: Dreamhack)

TAGS

RELATED NEWS

+