DOTA2: Peminat mahu inYourdreaM duet bersama Miracle-

Muhammad “InYourDream” Rizky Anugrah adalah pemain profesional Dota 2 dari Indonesia yang menyertai pasukan Galaxy Racer.

Seiring dengan pengumuman Galaxy Racer yang berkolaborasi bersama Team Nigma, ramai peminat yang menantikan duet IYD bersama pemain dari Nigma, Amer “Miracle-” Al Barkawi.

Kedua-dua pemain ini mempunyai kemahiran mekanikal yang tinggi dan sering dipandang tinggi dalam arena kompetitif Dota 2.

Meskipun IYD berada dalam roster Nigma Galaxy (SEA), tidak ada halangan untuk kita melihat beliau dipinjamkan sementara ke skuad utama Nigma Galaxy.

Nigma Galaxy ini akan dipimpin oleh Mohammed Morad, Christoph Timm dan Kuro “KuroKy” Salehi Takhasomi.

Nigma adalah pasukan yang ditubuhkan oleh KuroKy yang memenangi The International 7. Pasukan ini juga terdiri daripada pemain profesional lain seperti Miracle-, MinD_Control, Mohamed Morad dan Christoph Timm. 

Galaxy Racer pula adalah pasukan yang ditubuhkan pada 2019, yang berasal dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang berpangkalan di Asia Tenggara. Pasukan ini terdiri antaranya dua pemain Indonesia iaitu, InYourDream dan Jhocam.

Penggabungan dua pasukan ini secara tidak langsung akan menggalakkan lagi pentas kejohanan profesional Dota 2, terutamanya bagi peminat dari Indonesia yang mengimpikan duet kedua pemain ini.

Sumber: Kincir.com

RELATED NEWS

+