DOTA2: ‘Penangan Durian’ Cetus Semangat OG Ke Grand Final The International 2019

Mungkin kerana penangan ‘makan durian’, OG berjaya untuk ke Grand Final The International 2019 selepas menewaskan pasukan tuan rumah, PSG.LGD dalam pertarungan sengit 2-1 upper bracket final sebentar tadi.

OG antara skuad Eropah yang berjaya mempertahankan kedudukan mereka di kejohanan dunia Dota 2 itu sebanyak dua kali (rekod terdahulu dipegang oleh skuad CIS, Navi pada tahun 2012).

Sebelum menyertai TI9, OG terlebih dulu menjalani kem latihan (bootcamp) di Malaysia, seminggu sebelum kejohanan dunia itu bermula. Bersama Red Bull International, mereka menayangkan dokumentari “Against The Odds” yang menceritakan perjalanan awal OG menuju ke the International. Dalam dokumentari itu juga menyentuh persahabatan antara N0tail dan Fly, dua tunjang utama pasukan berkenaan ketika dulu.

Paling lucu sewaktu di Malaysia, mereka menjalani kem latihan ketika musim durian dan berpeluang belajar mengupas raja buah itu. Saksikan video di bawah:

OG kini tinggal selangkah lagi untuk menjulang Aegis of Champions buat kali kedua, satu piala berprestij yang dinantikan oleh semua pemain profesional Dota 2.

Mereka diwakili oleh Anathan “Ana” Pham, Topias “Topson” Taavitsainen, Sébastien ‘Ceb’ Debs, Jesse “JerAx” Vainikka dan kapten, Johan “N0tail” Sundstein.

The International 2019 mengumpulkan 18 pasukan Dota 2 seluruh dunia yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi sepanjang musim Dota Pro Circuit (DPC) dan yang memenangi pusingan kelayakan serantau. 

Ia dipertandingkan buat pertama kali di Asia iaitu di Shanghai, China bermula 15 Ogos hingga Ahad ini.

Juara akan membawa pulang USD14,596,851 iaitu kira-kira RM60 juta yang mana seorang ahli membawa pulang kira-kira RM12 juta sebagai habuan utama.

Foto: Twitter The International 2019

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+