DOTA2: Perjalanan Kam Boon Seng (Moon) Di Pentas Dunia Akhirnya Berakhir

Perjuangan pemain Malaysia, Kam Boon Seng atau lebih dikenali sebagai Moon di pentas dunia Dota2, The International 2019 kini berakhir selepas pasukannya, Mineski ditewaskan dalam pusingan kalah mati ke atas Team Secret.

Mereka tewas dalam perlawanan 2-1 apabila Team Secret yang juga dianggotai oleh pemain Malaysia, Yeik Nai Zheng (MidOne) menunjukkan dominasi mereka.

Mineski sudah pun ‘memenangi’ perlawanan pertama jika dikira dari prestasi namun mereka ‘terciduk’ pada minit akhir dan ketiadaan¬†buyback¬†dari Moon menyebabkan kemenangan dibolot Secret begitu saja.

Dalam perlawanan kedua, mereka menunjukkan kembali taring dan cuba untuk berbuat sehabis baik bagi menyamakan kedudukan 1 Р1. Ia berhasil apabila strategi dan taktik diatur begitu berkesan dan ultra kills dicatatkan kedua-dua pasukan.

Dalam perlawanan akhir, pemain termuda Secret, Nisha memperlihatkan dominasi sebagai Faceless Void dan mereka memenangi perlawanan penting pada minit ke-46 yang menyaksikan Mineski terpaksa mengangkat bendera putih.

Tahniah kepada Kam Boon Seng kerana membawa nama negara begitu jauh di Top 8!

Foto: VulcanPost

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+