artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain Dota 2 beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 26 September hingga 01 Oktober – apa yang terjadi?"> artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain Dota 2 beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 26 September hingga 01 Oktober – apa yang terjadi?" /> artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain Dota 2 beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 26 September hingga 01 Oktober – apa yang terjadi?" />

DOTA2: Pertukaran Pemain Setakat Ini – Res0lut1on Sertai Virtus.Pro, Mineski Bubar Skuad Dan Banyak Lagi

Sambungan daripada artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain Dota 2 beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 26 September hingga 01 Oktober – apa yang terjadi?

 

Rodger tinggalkan Virtus.Pro, Resolut1on ganti

Virtus Pro mengalami perubahan roster cukup besar selepas The International 2019 apabila kehilangan permata utama, RAMZES dan juga 9Pasha. 

Biarpun Solo, No[O]ne masih bersama skuad itu, namun mereka sekali lagi terpaksa berdepan episod duka apabila Rodjer kini diumumkan sebagai ejen bebas. Pengumuman itu dibuat Virtus Pro dalam satu kenyataan rasmi mengatakan pemain itu diganti oleh Roman “Resolut1on” Fominok yang akan menyertai Solo dan No[o]ne di Chengdu Major sebagai offlaner.

Mereka juga mengumumkan pub star iaitu Egor “epileptick1d” Grigorenko yang menduduki tangga teratas di ranking Eropah. VP mengharapkan mereka mampu untuk groom Egor seperti Miracle, Nisha, Topson, Sumail dan lain-lain pub star yang kini dianggap pemain terbaik dalam arena Dota 2.

Sementara itu, jurulatih baru mereka, Anatoly “boo!k” Ivanov akan terus melatih skuad baru ini. Mereka juga akan mengumumkan pemain kelima (support) dalam masa terdekat.

 

 

Mineski bubar pasukan Dota 2

Pasukan yang pernah menjadi ‘kuasa besar’ dalam arena Dota 2 Asia Tenggara, Mineski kini mengumumkan pembubaran pasukan mereka.

Dalam satu kenyataan di Weibo, mereka mengumumkan Nikobaby, Moon, Kpii, Bimbo dan ninjaboogie kesemuanya meninggalkan pasukan itu. Sementara itu, mereka masih mencari barisan pemain baru namun dengan keadaan sekarang, pastinya Mineski akan skip Chengdu Major.

 

Pasukan Eropah, Godsent ditubuhkan

Menerusi satu pengumuman di Twitter, skuad Eropah, Godsent (dulunya dikenali sebagai The Final trribe dan mereka bergabung) kini ditubuhkan.

Mereka dianggotai oleh Charlie, Chessie, Khezu, Xibbe dan juara The International 2013, EGM dari Alliance. Hanya Khezu pemain dari Jerman dan yang lainnya adalah berasal dari Sweden.

 

dream sertai Gambit Esports

Selepas meninggalkan Team Empire, Kiyalbek “dream” Tayirov menyertai Gambit. 

Team Empire juga akan skip Major dan Minor pertama bagi musim baru Dota Pro Circuit 2019/2020. Mereka kini sedang mencari pemain baru.

Terdapat banyak lagi pasukan akan mengalami pertukaran roster dan jangan lupa ikuti kami untuk perkembangan lanjut pasca The International 2019 ini!

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+