artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 30 Ogos hingga 2 September – apa yang terjadi?"> artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 30 Ogos hingga 2 September – apa yang terjadi?" /> artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 30 Ogos hingga 2 September – apa yang terjadi?" />

DOTA2: Pertukaran Pemain Setakat Ini – Winter Kembali, Sccc Keluar Dari Newbee

Sambungan daripada artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 30 Ogos hingga 2 September – apa yang terjadi?

 

Winter kembali ke pentas profesional

Pemain Malaysia, Chann “WinteR” Litt Binn kini kembali bermain sebagai pemain kompetitif dalam pasukan yang stabil iaitu Hashtag E-Sports, sebuah organisasi e-sukan di Thailand. Beliau bersama rakan sepasukan, Meracle, Nothingtosay, Velo dan Poloson akan cuba buat yang terbaik untuk tandingi musim baru Dota Pro Circuit akan bermula tak lama lagi.

Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun ini hanya berada di The International untuk mengulas selain membuat kemunculan sebagai analis dalam kejohanan besar Dota 2. Beliau turut cuba kembali ke pentas profesional dalam pasukan tier 3 iatu Power of MYSG+AU yang cuba ke EPICENTER MAJOR namun gagal apabila bertemu Fnatic 2 – 3. Namun, kekalahan itu tak bererti kalah selamanya.

Bersama Hashtag E-Sports, WinteR akan menggunakan kepakarannya sebagai penganalisa untuk membantu pasukan ini terus berjaya dalam musim baru DPC.

 

Sccc keluar dari Newbee, sertai Team Aster

Selepas diletakkan dalam roster yang tidak aktif menjelang TI9, Song “Sccc” Chun terpaksa cari hala tuju lain dengan meninggalkan Newbee untuk menyertai Team Aster.

Newbee tidak berjaya untuk mendapatkan keputusan yang memberangsangkan dalam DPC 2018-2019. Sccc pula sudah lama sangat berada dalam pasukan itu sejak TI7 yang mana mereka mendapat tempat kedua apabila tewas dengan Liquid 0 – 3.

Menurut kenyataannya di Weibo, Sccc mengatakan “Kita (Newbee) tak ada pencapaian langsung musim ini sebab prestasi saya yang kurang memuaskan. Saya tak bermain dengan baik, terutamanya ketika DPC hampir berakhir. Saya tak berpuas hati dengan gaya permainan sendiri. 

“Saya sebenarnya tak berapa bagus untuk main dan saya akan fokus untuk main dengan lebih baik selepas ini,”

Selepas seminggu TI9 berakhir, Sccc takkan menyertai pasukan yang disertainya sebelum ini dan memilih Team Aster. Pasukan ini juga menempuh kembara sukar ketika DPC dan penyertaan Sccc pasti akan menukar rentak mereka.

 

Matumbaman akan berehat sebentar dari pentas kompetitif

Bekas pemain Team Liquid, Lasse “Matumbaman” Urpalainen membuat keputusan untuk berehat sebentar dari terlibat dalam musim baru Dota Pro Circuit. Dalam satu ciapan, beliau menulis: 

“Saya akan berehat sebentar sehingga Major kedua, semoga berjaya kepada semua pasukan yang bertanding dalam musim seterusnya,”.

Prestasi pasukannya, CHAOS EC tidak begitu cemerlang malah boleh dikatakan agak teruk kerana terkeluar awal dari The International 2019 dari peringkat kumpulan lagi. CHAOS EC turut diwakili oleh pemain Malaysia, Cheng “vtFaded” Jia Hao. Pastinya Matumbaman ingin manfaatkan masa cuti ini untuk berfikir tentang kariernya selepas ini.

Sementara itu, MiLaN turut mencari skuad baru, bermakna beliau kini meninggalkan CHAOS EC.

 

ChuaN kembali ke arena kompetitif Dota 2

Tidak aktif sejak tahun lepas, pemain Malaysia, Wong “ChuaN” Hock Chuan kini kembali ke pentas profesional.

Dalam satu ciapan, beliau menulis “Saya dah bersedia untuk main Dota, kejar mmr ke kedudukan 50 teratas dan masuk dalam arena profesional kembali,”

Terdapat banyak lagi pasukan akan mengalami pertukaran roster dan jangan lupa ikuti kami untuk perkembangan lanjut pasca The International 2019 ini!

Foto dari pelbagai sumber: Google, Weibo, ESL 

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+