DOTA2: Pertukaran Ramzes666 Dari Virtus.Pro Ke EG Bernilai RM411 Ribu?

Sebelum ini, harga bagi pertukaran pemain untuk Dota 2 adalah satu rahsia bermaksud tak ada seorang pun yang berani mendedahkan nilai pertukaran.

Tapi baru-baru ini, personaliti Dota 2 dan juga pengulas, Vitalii Nikolaevich “v1lat” Volochai ada mendedahkan nilai pertukaran bagi dua pemain Negara-Negara Bebas Komanwell (CIS), Ramzes666 dan juga Rodjer.

Dikatakan pertukaran Rodjer ke Virtus Pro adalah AS$100 ribu (RM411 ribu) sama seperti Ramzes yang berhijrah dari VP ke Evil Geniuses.

Rodjer dan Ramzes masing-masing memegang rekod yang unggul di arena profesional Dota 2. Sebagai contoh, Rodjer adalah bekas pemain Na’vi, satu organisasi e-sukan cukup dikenali yang diketuai oleh Danil ‘Dendi’ Ishutin.

Ramzes pula adalah daripada Virtus.Pro yang kerap memenangi Major sebelum ini dan antara skuad terhebat di pentas profesional CIS.

Bagi pemain CIS lain yang kurang menonjol seperti Bakyt “Zayac” Emilzhanov (bekas Kapten Na’vi), ia hanya bernilai AS$20 ribu hingga AS$30 ribu. 

RELATED NEWS

+