DOTA2: Purata Jumlah Pemain Menurun – Januari 2020 Adalah Paling Rendah Sejak 2013

Beberapa bulan lalu, purata pemain Dota 2 adalah yang paling rendah pada akhir 2019 sejak Januari 2014.

Pada Januari 2020 juga, ia lebih rendah dari Januari 2014. Kali terakhir dicatatkan pada enam tahun dulu ialah 393,860.

Kita boleh nampak dari graf di bawah ini, menunjukkan tahun kegemilangan Dota 2 adalah pada 2016. Bagaimanapun, angka pada Januari tahun ini kembali kepada 2014 malah lebih rendah.

Kenapa Januari adalah bulan yang baik untuk perbandingan? Ini kerana setiap kali The International berakhir pada Ogos, kebanyakan pemain masih berbelah bagi untuk terus bermain atau tak. Kemudian, datang pula musim cuti dengan patch terbaru. Pada Januari, pemain membiasakan diri dengan patch baru, cuti pun dah habis dan ramai pemain akan kembali ke permainan ini. 

Jika dibandingkan antara 2019 hingga 2020, penurunan ini adalah yang paling drastik sejak 7 tahun lepas.

Mengikut laporan VPEsports, penurunan ini mungkin disebabkan patch baru yang membuatkan pemain beralih ke permainan video lain. Pada patch 7.23 yang memperkenalkan neutral items juga, ramai pemain tidak menyukainya.

Hakikatnya, player base untuk Dota 2 sedang menurun. Walaupun perlahan, ia akan menurun dan Valve perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

(Sumber: VPEsports)

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+