DOTA2: [RASMI] Alliance Melepaskan Kesemua Pemain Atas Persetujuan Bersama

Semestinya pasca The International 2019 akan menyaksikan fasa-fasa pasukan yang membuat rombakan roster besar-besaran seperti Team Liquid dan terkini Alliance yang terpaksa melepaskan kesemua pemain atas persetujuan bersama. Keputusan ini dibuat hanya dua hari sebelum roster lock dikuatkuasakan.

“Kami bekerja keras bukan untuk saja-saja menyampaikan berita ini.. kerana kadang-kadang ada perkara kita buat tidak menjadi. Pemain-pemain ini menyatakan hasrat untuk mencuba perkara baru dan kami secara rasminya melepaskan mereka dari kontrak,” kata Alliance dalam satu pengumuman rasmi pada 26 September.

Untuk dua tahun lepas, Alliance bekerjasama untuk mendirikan roster terdiri daripada pemain muda berbakat dan disertai oleh veteran Qojqva. Musim DPC yang lepas adalah sangat mencabar dan meskipun begitu, mereka berjaya menempah slot ke TI9. Mereka boleh dikatakan pasukan underdog yang berjaya membuat kemunculan selepas sekian lama.

“Saya ingin berterima kasih kepada Alliance untuk apa mereka buat sepanjang 2 tahun ini. Mereka percaya dan berikan sokongan malah membantu saya untuk menjadi lebih matang bukan saja sebagai pemain tapi sebagai seorang insan,” kata kapten, Aydin “iNSaNiA” Sarkohi ketika pengundurannya.

Selain itu, Michael “miCKe” Vu yang bertarung dengan kecederaan sewaktu mula-mula masuk juga menyatakan rasa sedih kerana terpaksa berpisah. “Alliance adalah keluarga dan rakan terbaik saya sepanjang 2 tahun. Kami jatuh bangun bersama dan saya akan merindui saat bekerja bersama. Terima kasih untuk segalanya,”

Alliance hanya mempunyai masa kurang sehari untuk roster lock yang akan dikuatkuasakan esok.

The International 2010 akan diadakan di negara asal mereka, Stockholm, Sweden. Adakah Alliance mampu mencari roster penuh yang dibarisi pemain dari Sweden ataupun mereka akan buat mixed team

Sumber terjemahan: VPEsports

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+