Selepas pengumuman penundaan ESL One Los Angeles Major sebelum ini, nampaknya Valve ingin memperkasakan lagi usaha mereka dalam langkah berjaga-jaga terhadap penularan COVID-19.
Mereka umumkan hari ini yang Major keempat dalam Dota Pro Circuit 2019-2020 akan dibatalkan dan tiada pelan untuk penjadualan semula. Ini bermakna OGA Dota PIT Minor 2020 dan EPICENTER Major 2020. .
After careful consideration of the current state and trajectory of the Covid-19 pandemic, as well as the health risk that this presents to competitors, staff and fans alike, we have made the difficult decision to cancel to the 4th minor and major tournaments of the DPC season.
— DOTA 2 (@DOTA2) March 15, 2020
Valve akan menggalakkan lebih pemain dan peminat dari menghadiri pertandingan ketika wabak ini masih berterusan. Ini membolehkan peminat menebus kembali tiket yang sudah dibeli.
Dota Pit Minor dijadualkan pada 23 April dengan kelayakan akan bermula pada bulan depan. EPICENTER 2020 pula dijadualkan pada 2 Mei 2020. Berita ini mungkin membawa kepada sesuatu yang lebih buruk iaitu Singapore Major 2020 berkemungkinan juga dibatalkan.
Sumber: Dot Esports
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.