DOTA2: Secret ‘Terciduk’, EG Maju Ke Upper Bracket Seterusnya

Siri upper bracket bagi pentas dunia Dota 2, The International 2019 berlangsung dengan meriah dan penuh kejutan. OG menunjukkan draft luar biasa dan selesa bermain dengan hero mereka, membawa kemenangan 2-0 ke atas Newbee yang tidak menjangka.

Saingan diteruskan pula dengan skuad Amerika Syarikat, Evil Geniuses (EG) yang nyata dahagakan kemenangan untuk mara ke pusingan upper bracket seterusnya. Mereka berjaya membenamkan hasrat Secret untuk mara.

Berbekalkan lineup seperti Slark dan Weaver yang lebih agresif, dibantu pula dengan Sand King, Secret terus yakin selesa mendominasi Evil Geniuses. Jumlah pembunuhan mereka mungkin hampir sama tapi perbezaan farm dan gold lead yang sedikit ke depan memberi kelebihan kepada Secret.

EG pula terus berharap Phantom Assassin dimainkan RTZ akan critical hampir setiap masa kerana Sumail (Ember) tidak mampu mengenakan serangan magis yang tinggi kepada Secret.

Kehadiran Midone sebagai Slark yang kerap kali split push turut mengganggu konsentrasi EG untuk berlawan.

Bagaimanapun, EG membuat kedatangan kembali (comeback) pada minit-minit akhir apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan Secret yang terlalu memandang rendah pada Enchantress dimainkan S4. Perma-stun daripada RTZ juga memaksa Weaver menggunakan ulti terlebih awal dan kurang efektif selepas itu.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+