Skuad yang dianggotai 3 anak Malaysia, Nothing To Say, Winter dan vtFaded berjaya melangkah ke final pusingan kelayakan EPICENTER Major yang mana mereka akan bertemu dengan skuad Fnatic dalam best of 5 bagi menentukan siapa layak dapat slot ke-2 untuk Asia Tenggara. Slot pertama dimenangi TNC."> Skuad yang dianggotai 3 anak Malaysia, Nothing To Say, Winter dan vtFaded berjaya melangkah ke final pusingan kelayakan EPICENTER Major yang mana mereka akan bertemu dengan skuad Fnatic dalam best of 5 bagi menentukan siapa layak dapat slot ke-2 untuk Asia Tenggara. Slot pertama dimenangi TNC." /> Skuad yang dianggotai 3 anak Malaysia, Nothing To Say, Winter dan vtFaded berjaya melangkah ke final pusingan kelayakan EPICENTER Major yang mana mereka akan bertemu dengan skuad Fnatic dalam best of 5 bagi menentukan siapa layak dapat slot ke-2 untuk Asia Tenggara. Slot pertama dimenangi TNC." />

DOTA2: Skuad Dianggotai 3 Anak Malaysia Kini Selangkah Hampir Ke Epicenter Major

Skuad yang dianggotai 3 anak Malaysia, Nothing To Say, Winter dan vtFaded berjaya melangkah ke final pusingan kelayakan EPICENTER Major yang mana mereka akan bertemu dengan skuad Fnatic dalam best of 5 bagi menentukan siapa layak dapat slot ke-2 untuk Asia Tenggara. Slot pertama dimenangi TNC.

Dinamakan Power of MYSG+AU, mereka menewaskan BOOM ID dari Indonesia dengan markah 2-1. Ini adalah line up penuh untuk skuad ini:

  1. WinTeR (Chan Litt Binn)
  2. vtFaded (Cheng Jia Hao)
  3. Velo (Kim Tae-sung) dari Australia
  4. Poloson (Wilson Koh Chin Wei) dari Singapura
  5. NothingToSay (Cheng Jin Xiang)

WinTeR memang dikenali kerana kemahirannya mengulas sehingga di peringkat antarabangsa dan kerap kali dipanggil untuk menjadi penganalisa di The International yang diadakan setiap tahun. Mungkin kali ini beliau membuat keputusan untuk bermain kembali di arena kompetitif dan membuktikan kemahirannya sebagai support.

Mengikut Liquipedia, kali terakhir beliau di arena kompetitif adalah pada tahun 2015 untuk kejohanan-kejohanan utama.

vtFaded pula sebelum ini pernah menyertai Geek Fam dan kini bermain untuk For The Dream.

NothingToSay ialah midlaner berbakat yang pernah menyertai skuad WarriorsGamingUnity dan Blackjack.

Untuk final mereka berdepan Fnatic nanti, korang boleh saksikan livestream di Twitch.

RELATED NEWS

+