DOTA2: Team Liquid Hantar EG Ke ‘Lapangan Terbang’

Selepas saingan sengit 2-0 yang menyaksikan dua pasukan, Team Liquid dan Evil Geniuses (EG) bertarung untuk nyawa mereka di The International 2019 dalam pusingan kalah mati, akhirnya terbukti skuad kuda ini lebih mendominasi di arena, menghantar pulang EG ke ‘lapangan terbang’.

Dalam perlawanan kedua, EG tidak mampu berbuat apa-apa ke atas W33 yang bermain sebagai Alchemist. Hero itu outfarm kesemua core pemain EG yang kebetulan tidak mendapat farm cukup untuk menyaingi lineup Liquid.

Dengan ini, Team Liquid akan bertemu pemenang antara perlawanan Team Secret dan Vici Gaming yang akan bermula esok. 

Mereka kini berada di kedudukan empat teratas.

The International 2019 mengumpulkan 18 pasukan Dota 2 seluruh dunia yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi sepanjang musim Dota Pro Circuit (DPC) dan yang memenangi pusingan kelayakan serantau. 

Ia dipertandingkan buat pertama kali di Asia iaitu di Shanghai, China bermula 15 Ogos hingga Ahad ini.

Juara akan membawa pulang USD14,596,851 iaitu kira-kira RM60 juta yang mana seorang ahli membawa pulang kira-kira RM12 juta sebagai habuan utama.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+