DOTA2: Team Secret Cemerlang Di Kelayakan Eropah ESL One Los Angeles 2020

Pasukan Dota 2 Eropah, Team Secret masih lagi dalam prestasi terbaik mereka dan merekodkan persembahan cemerlang sepanjang peringkat kumpulan bagi pusingan kelayakan Eropah ESL One Los Angeles 2020.

Pada 9 Februari, Secret yang berada di kumpulan A membuka perlawanan ke atas OG.Seed dengan rekod 2-0. Mereka teruskan dominasi dengan kemenangan sama ke atas Vikin.gg. 

Ramai menyangkakan satu-satunya skuad terhebat boleh menyaingi Secret adalah Nigma tapi keadaan sebaliknya berlaku apabila pasukan dianggotai bekas pemain-pemain Team Liquid itu tewas 0-2.

Secret mengakhiri peringkat kumpulan dengan kemenangan bersih 4-0 (8 mata) bagi semua set perlawanan (kemenangan terakhir ke atas A.Mode juga 2-0).

Kini mereka akan tunggu untuk berlawan di pusingan separuh akhir pada jam 9 malam nanti (Selasa).

Hanya tiga pasukan Eropah terbaik akan layak ke ESL One Los Angeles 2020!

RELATED NEWS

+