DOTA2: Team Spirit Dibubarkan Kali Kedua Dalam Tahun 2019

Selepas kegagalan untuk layak ke The International 2019, Team Spirit membuat keputusan untuk membubarkan skuad ini.

Pada mulanya dikenali sebagai Old But Gold yang terdiri daripada line up pemain Dota 2 dari Russia, kejayaan mereka sebelum ini di StarLadder ImbaTV Dota 2 Minor Musim Pertama di tempat ketiga/keempat berjaya membuatkan Team Spirit menaja mereka.

Sebelum ini Team Spirit melepaskan kesemua ahli mereka pada Januari, sama waktunya skuad Old But Gold ditubuhkan.

Namun, langit bukan selalunya cerah dan mereka tak berjaya mendapatkan persembahan menarik sepanjang DPC dan di kelayakan The International 9. Maklumlah banyak persaingan dari pasukan CIS yang lain. Oleh itu, mereka dibubarkan sekali lagi.

    • Ilya ‘Illidan’ Pivcaev
    • Sergey ‘G’ Bragin
    • Stanislav ‘633’ Glushan
    • Fedor ‘velheor’ Rusikhin
    • Ivan ‘VANSKOR’ Skorokhod

Masih belum pasti kalau lima pemain ini akan kembali untuk DPC seterusnya tapi memandangkan Ad Finem pun boleh buat kemuncula, tiada apa yang mustahil. Semoga berjaya kepada mereka!

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+