DOTA2: Valve Kini Melancarkan Dota Underlords, Sama Seperti Auto Chess!

Dota Underlords, yang didaftarkan oleh Valve tak berapa lama dulu sebenarnya ialah Auto Chess yang dibangunkan mereka sendiri. Bermula hari ini, ia boleh mula dimainkan sesiapa yang memiliki The International 2019 Battle Pass.

Buat masa sekarang, ia masih dalam closed beta stage dan akan memasuki fasa beta terbuka dalam masa lebih kurang seminggu. Ia akan jadi percuma dan boleh dimainkan menerusi Steam, Android dan iOS!

Dengan menjadi standalone title, Dota Underlords menggunakan banyak mekanik daripada Dota Auto Chess tapi antaramuka ditambah baik dan memaparkan beberapa hero baru serta items. Mekanik The Synergy juga diubah dan dipermudahkan yang mana hero akan dikumpul sebagai “Alliances”. Setiap hero mempunyai dua Alliances, maksudnya dua synergies.  Sebagai contoh, Pudge yang di bawah kategori Heartless — Warrior.

Strategi Valve menyertakan akses awal Underlords kepada pengguna Battle Pass adalah sangat menarik kerana ia boleh menarik lebih ramai pemain membeli servis ini. 

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+