DOTA2: xNova Kini Satu-Satunya Harapan Malaysia Di Pentas Dunia

Selepas penyingkiran empat pemain negara, MidOne, vtFaded, Ah Fu dan Moon di pentas dunia The International 2019, kini tinggal Yap Jian Wei atau xNova saja sebagai satu-satunya tunjang negara yang masih bertahan.

xNova bersama pasukannya, PSG.LGD yang juga tuan rumah mempamerkan prestasi mengagumkan di peringkat kumpulan dan sepanjang saringan upper bracket namun tewas di tangan juara tahun lalu, OG dengan skor 1 – 2.

Mereka kemudiannya perlu bertarung nasib di pusingan lower bracket finals esok berdepan skuad Eropah, Team Liquid (juara TI7).

xNova menyertai skuad China itu pada awal tahun lalu dan membantu pasukannya bersaing hebat di beberapa kejohanan utama antaranya MDL Disneyland dan The Chongqing Major yang mana mereka memperoleh tempat keempat. Di Kuala Lumpur Major, PSG.LGD memperoleh tempat kelima.

The International 2019 mengumpulkan 18 pasukan Dota 2 seluruh dunia yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi sepanjang musim Dota Pro Circuit (DPC) dan yang memenangi pusingan kelayakan serantau. 

Ia dipertandingkan buat pertama kali di Asia iaitu di Shanghai, China bermula 15 Ogos hingga Ahad ini.

Juara akan membawa pulang USD14,596,851 iaitu kira-kira RM60 juta yang mana seorang ahli membawa pulang kira-kira RM12 juta sebagai habuan utama.

Foto: LGD Instagram

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+