Dr Disrespect buka syarikat permainan video sendiri

Guy “Dr Disrespect” Beahm kini ingin menubuhkan sebuah syarikat permainan video sendiri.

Baru-baru ini terdapat sebuah iklan bekerja di laman sesawang Dr Disrespect.

Studio itu masih tidak mempunyai nama, namun Dr Disrespect mahu membuka studio ini bagi memberi peluang kepada pempengaruh (influencer) besar permainan video di luar sana untuk membangunkan permainan video mereka sendiri.

“Studio ini cuba untuk memcari beberapa pempengaruh besar dan bekerjasama dengan mereka untuk membuat permainan video impian mereka sendiri,” mengikut iklan di laman Champion’s Club.

Beliau juga mempunyai beberapa isu juga apabila diberhentikan dari terus streaming di pelantar Twitch dan berpindah ke Youtube.

Adakah Dr Direspect bakal membuat satu perubahan baru untuk industri permainan video dengan kerjasama pempengaruh besar yang ada?

RELATED NEWS

+