Dr Disrespect mengakui dia bermesej dengan remaja bawah umur

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Guy Beahm atau lebih dikenali sebagai Dr Disrespect telah mengesahkan pengharamannya dari Twitch.

Pengharaman tersebut adalah dari kerana dia pernah bermesej dengan budak bawah umur dan mengakui mesej tersebut pergi ke arah yang tidak sesuai untuk remaja bawah umur.

Dr Disrespect membuat kenyataan ini di Twitter sehari selepas dibuang dari studio permainan videonya sendiri Midnight Society.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2017 di mesej Twitch, Dr Disrespect mengatakan dia hanya membalas mesej dan bercakap perkara-perkara biasa tetapi mengatakan mesej tersebut kadang-kadang berakhir dengan mesej yang tidak sesuai.

Dia juga mengatakan tiada perkara yang melanggar undang-undang berlaku, tiada gambar dikongsikan dan tiada jenayah dibuat.

“Saya juga tidak pernah berjumpa dengan individu tersebut.” tambahnya lagi.

“Dari segi moral, saya patut bertanggungjawab. Saya sepatutnya tidak perlu membalas mesej sebegini awal-awal lagi. Ini salah saya sebagai orang dewasa, suami dan bapa.” ujar Dr Disrespect.

Timthetatman yang telah lama menjadi rakan seperjuangan Dr Disrespect juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menyokong apa yang telah dibuat oleh Beahm.

Dr Disrespect juga mengatakan dia faham jika orang ramai tidak sukakannya selepas ini dan dia bukanlah orang yang sama yang pernah membuat kesalahan ini beberapa tahun lepas.

Inilah punca sebenar Twitch membuat keputusan tersebut pada tahun 2020 dan keputusan Twitch yang mengambil masa selama 3 tahun juga menjadi tanda tanya.

Beahm juga membuat kenyataan ini setelah dua bekas pekerja Twitch memberitahu orang ramai sebab sebenar ini.

Dia juga tidak memberitahu kepada orang ramai mengenai berapa umur individu yang telah bermesej bersama-sama dengannya.

RELATED NEWS

+