Dr Disrespect nak saman Twitch

Streamer terkenal Dr Disrespect semalam memberitahu bahawa dia bakal menyaman Twitch atas ban yang dikenakan ke atasnya pada Jun tahun lalu.

Twitch bagaimanapun tidak memberitahu sebab kenapa beliau dikenakan ban. 

Kini bertapak di Youtube dan jarang bercakap mengenai ban yang dikenakan akhirnya Dr Disrespect sudah hilang respek terhadap Twitch.

Beliau kini mengetahui alasan sebenar di sebalik ban itu.

“Saya masih tidak boleh bercakap tentangnya, namun ramai bertanya kepada saya ‘Awak tahu kenapa?’. Ya saya tahu dan sudah berbulan saya tahu dan saya akan memberitahu anda semua saya akan menyaman Twitch atas apa yang mereka lakukan,”

Twitch pula terkenal dengan mengenakan ban tanpa memberi sebab kepada bekas streamer mereka.

Mungkin kita akan tahu nanti apabila Dr Disrespect sudah menyaman Twitch nanti.

RELATED NEWS

+