Dr Disrespect umum berehat dari stream setelah tuduhan sebab ‘sebenar’ pengharaman dari Twitch

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Herschel “Guy” Beahm atau Dr Disrespect kini telah mengumumkan dia akan berehat pada jangka masa yang panjang dari dunia penstriman.

Walaupun sudah mengatakan dia tidak bersalah, seorang bekas pekerja Twitch telah mengeluarkan kenyataan sebab sebenar dia diharamkan dari Twitch pada tahun 2020 dahulu.

Twitch telah mengadakan kes mahkamah, tetapi kedua-dua pihak telah mengaku tidak bersalah dan sehingga kini masih belum ada sebab sebenar atas pengharaman Dr Disrespect dari Twitch.

Desas desus ini bermula apabila bekas pekerja Twitch mengatakan Dr Disrespect telah menghantar mesej lucah kepada kanak-kanak bawah umur dan mahu berjumpa dengannya di TwitchCon.

Kenyataan oleh Cody Conners ini membuatkan ramai orang menuduh Dr Disrespect sebagai seorang pedofilia.

Menurut The Verge, seorang lagi bekas pekerja Twitch juga mengatakan penukaran mesej lucah diantara Dr Disrespect dan kanak-kanak bawah umur itu menjadi punca Dr Disrespect diharamkan dari Twitch pada tahun 2020.

Dr Disrespect juga mengeluarkan kenyataan mengatakan dia tidak bersalah dalam hal ini dan kesemuanya sudah diselesaikan ketika kes mahkamah.

Selain itu, Midnight Society studio permainan video Dr Disrespect juga telah memberhentikan perjanjian di antara mereka disebabkan tuduhan ini.

Semasa pengumuman berehat dari stream Dr Disrespect mengatakan dia akan mengambil cuti untuk jangka masa yang sangat panjang dan mungkin akan menambah masa lagi.

RELATED NEWS

+