Dr Dre dilaporkan sedang menghasilkan runut bunyi GTA

Snoop Dogg hari ini mendedahkan Dr. Dre sedang menghasilkan muzik baharu untuk permainan Grand Theft Auto yang akan datang. 

Didedahkan di dalam sebuah podcast bersama Rolling Stone Music Now Podcast, Snoop Dogg menyatakan Dr Dre kini sedang di dalam studio, menghasilkan muzik yang berkait rapat dengan permainan GTA.

“Jadi saya rasa itu cara muzik itu akan dilancarkan, melalui permainan video GTA.”

Buat masa ini pihak Rockstar Games masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal ini. 

Sebelum ini, Dr Dre pernah menghasilkan lagu untuk francais GTA, iaitu Grand Theft Auto: San Andreas. Namun, tidak pasti sama ada muzik baru ini akan dilancarkan untuk GTA The Trilogy atau permainan GTA Online versi yang dipertingkatkan yang ditangguh sebelum ini.

Atau kemungkinan muzik untuk GTA 6 akan datang?

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA.

RELATED NEWS

+