Dragon Ball FighterZ Akan Menerima Kemaskini Februari – PenambahBaikan & Kandungan Baru

Dragon Ball FighterZ dari Bandai Namco mungkin nampak impressive, tapi ia tak sempurna kerana isu online connectivity selalu mengganggu peminat. Tapi jangan risau kerana masalah ini akan diselesaikan tak lama lagi.

Produser, Tomoko Hiroki mengesahkan 2 kemaskini akan datang mampu menyelesaikan beberapa isu yang timbul. Comicbook melaporkan beberapa perubahan yang akan dimasukkan dalam permainan video ini.

“Terima kasih kepada semua yang menikmati Dragon Ball FighterZ. Kami ingin mengumumkan kandungan pada akhir bulan Februari yang akan dimuatkan. (Apabila kemaskini dikeluarkan, data replay dari versi lama tak lagi berfungsi kerana perubahan pada sistem perlawanan jadi diminta semua sedar akan perkara ini),”

Kemaskini terbaru

• Party Match diperkenalkan

• Replay Channel ditambah fungsi ini: Ikut Channel, Carian Channel

• Mod Arked diubah untuk menjadi lebih convenient.

• Flow diubah jadi anda boleh memilih destinasi seterusnya di skrin Results selepas tamat perlawanan

• Apabila pause untuk Option semasa perlawanan, kami menambahkan “Return to Course Select” dan “Return to Character Select.”.

• Apabila lawan ditemui ketika Ring Match, Casual Match atau Ranked Match, controller akan bergetar.

• Apabila kemaskini dikeluarkan, data replay dari versi lama tak lagi berfungsi kerana perubahan pada sistem perlawanan jadi diminta semua sedar akan perkara ini

Gameplay

• Pergerakan menjadi lebih stabil

• Efek dan momen sinematik akan diubah sesuai dengan paparan.

• Bug yang ditemui selepas Dragon Rush memaksa pertukaran karakter, jika anda menggunakan gerakan yang akan menukar kedudukan, hitbox akan menjadi reversed, sudah dibaiki.

Online

• Menambah baik matchmaking dalam permainan, salah satu dari sistem yang telah revamped. Kami merancang untuk sentiasa memantau isu ini dan menambah baik.

• Untuk DLC Anime Song & pek BGM, kami mengubah tetapannya jadi P1 dan P2 boleh mendengar lagu pilihan mereka sendiri. 

Kemaskini ini akan berkuat kuasa tak lama lagi, yang mana satu lagi akan hadir pada bulan Mac.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+