Satu era baru Dragon Ball baru sahaja datang.
Digelar Dragon Ball Project Multi, ini adalah permainan video genre MOBA pertama Dragon Ball.
Anda akan berlawan 4 lawan 4 menggunakan karakter-karakter ikonik dari Dragon Ball untuk menang.
Dalam permainan ini, objektif anda adalah menghancurkan base musuh dan mendapatkan Dragon Ball milik musuh.
Setakat ini hanya Goku, Vegeta, Gohan, Android 18, Krillin, Majin Buu, Trunks, Cooler dan Zamasu diumumkan sebagai karakter boleh dimainkan.
Setiap karakter sudah semestinya akan mempunyai skills tersendiri mengikut lore mereka.
Paling menarik Roshan/Lord versi Dragon Ball ini adalah Monyet besar Saiyan!
Permainan ini akan dilamcarkan untuk pelantar iOS, Android, dan Steam.
Hanya sesi beta sahaja yang diumumkan akan bermula pada 19 Ogos sehingga 4 September ini.