Drama Siri HBO TV The Last of Us keluarkan video baru, nampak menarik!

Sambutan baik untuk peminat The Last of Us.

Bagi peminat The Last of Us, 26 September adalah tarikh bermulanya semua malapetaka yang berlaku dalam dunia itu dan bersempena dengan tarikh itu, video treler ini dikeluarkan.

The Last of Us membawa Pedro Pascal sebagai Joel dan Bella Ramsey sebagai Ellie yang kini mengharungi dunia pandemik dipenuhi zombi.

Nampaknya video ini memberi harapan dan sambutan baik kepada semua peminat.

Dalam treler itu juga terdapat Marlene, Tess, Bill dan Riley.

Tidak dilupakan juga Clicker yang sangat menakutkan dan sama seperti dalam permainan video The Last of Us.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman mengenai tarikh tayangan siri ini dari HBO.

RELATED NEWS

+