DrDisrespect melancarkan Midnight Society, studio permainan beliau tersendiri

Guy Beahm atau lebih dikenali sebagai DrDisrespect adalah seorang ikon internet yang dikenali oleh orang ramai.

Rupa unik beliau memakai holster merah bersamai kaca mata taktikalnya sudah menjadi identiti utama beliau.

Baru-baru ini, DrDisrespect mengumumkan ingin membangunkan studio permainannya tersendiri, dan kini studio itu sudah diumumkan pelancarannya.

Studionya, Midnight Society, dibangunkan oleh DrDisrespect disamping veteran-veteran industri seperti Robert Bowling dan Quinn DelHoyo yang masing-masing sudah membangunkan permainan ikonik seperti Call of Duty dan Halo. Midnight Society juga disokong oleh pengasas BoomTV, Sumit Gupta.

Midnight Society dibangunkan dengan matlamat mencipta pendekatan ‘sifar hari’ kepada pembangunan permainan yang memberikan akses kepada pemain dan pempengaruh dalam pembangunan awal permainan.

Ini membolehkan pemain membantu membimbing pembangunan agar permainan dapat dinikmati oleh semua pemain.

DrDisrespect juga bukan sekadar seorang penstrim yang kosong.

Beliau pernah terlibat dalam pembangunan beberapa permainan seperti Call of Duty bersama Sledgehammer Games dan juga membantu syarikat Rogue Company membangunkan The Champions Club.

Menurut DrDisrespect, membangunkan studio permainannya tersendiri adalah impian beliau.

“Visi saya adalah untuk membuat permainan yang menentang model pelancaran permainan tanpa sokongan pembangun dan memberi ganjaran kepada semua peminat dan pempengaruh yang menjadikan mereka berjaya. Saya sangat teruja untuk menunjukkan kepada semua orang apa yang kami sudah rancangkan,” kata DrDisrespect

Sumber rujukan: Midnight Society, Dexerto

RELATED NEWS

+