Dua karakter baru Genshin Impact diumumkan – Arataki Itto dan Gorou

MiHoYo hari ini mengumumkan dua karakter baru dari Inazuma yang berkemungkinan besar hadir untuk Versi 2.3 nanti.

Karakter yang diumumkan adalah Arataki Itto dan Gorou.

Arataki Itto – Hanamizaka Heroics

Image

Arataki Itto adalah ketua pertama dan terbaik untuk Kumpulan Arataki.

Elemen Arataki Itto adalah Geo (Tanah) dan mempunyai konstelasi berdasarkan Taurus Iracundus.

Berkemungkinan besar Arataki Itto adalah Karakter 5 Bintang Geo ketiga selepas Albedo dan Zhongli.

Dilihat dari foto yang ditunjuk oleh miHoYo, Arataki Itto akan menggunakan senjata berat Claymore.

Gorou – Pahlawan Canine

Image

Gorou adalah salah seorang jeneral yang berada di bawah Sangonomiya Kokomi.

Digelar Pahlawan Canine, Gorou menjadi Jeneral di dalam unit askar Watatsumi.

Elemen untuk Gorou adalah Geo (Tanah) dan senjata yang digunakan olehnya adalah Bow.

Gorou adalah karakter 4 Bintang pertama di dalam Genshin Impact dengan elemen Geo.

Berkemungkinan besar kedua-dua karakter ini akan hadir dalam Versi 2.3 selepas banner ulangan Tartaglia dan Hu Tao dalam versi 2.2 nanti.

Nantikan maklumat lanjut seterusnya dari miHoYo.

RELATED NEWS

+