Dua pemain EVE Online merompak aset dalam permainan bernilai lebih RM100 ribu

EVE Online adalah permainan video Massively Multiplayer Online (MMO) yang sangat besar dan juga terkenal dengan aset dalam permainan video yang boleh mencecah ribuan ringgit.

Rompakan siang hari ini dilakukan oleh dua orang pemain dan mereka berjaya melakukan rompakan yang sangat besar dengan mengambil alih satu syarikat dalam EVE Online.

EVE Online membenarkan anda untuk menubuhkan syarikat besar anda sendiri.

Lebih melucukan sebenarnya dua pemain itu bukan merompak tetapi mengambil kesempatan terhadap sistem dan mengikut peraturan yang ada.

Pemain yang digelar Flam_Hill berkongsi kejadian ini di Reddit.

Dia mengambil kesempatan ini apabila beberapa pengarah syarikat tidak selalu aktif dalam EVE Online.

Pandemic Horde Corporation looses 2 Trillion isk!
by u/Flam_Hill in Eve

Permainan ini mempunyai peraturan sama seperti syarikat sebenar dimana sesiapa yang mempunyai bahagian syarikat boleh membuat pengundian baru Pengarah Eksekutif.

Undian akan dibuat dan dengan 72 jam masa menunggu dan jika pengarah yang ada tidak menjawab undian itu secara automatik Pengarah Eksekutif baru akan dilantik mengikut undian yang ada.

Nilai syarikat itu di dalam EVE Online adalah sebanyak 130 bilion ISK (mata wang EVE) dengan aset sebanyak 2 trilion.

r/Eve - A nice little find!

r/Eve - Another present opened!

Ditukarkan kepada wang Dolar Amerika nilai ini adalah AS$22,309 (RM98 ribu).

r/Eve - McIovin for CEO! The voting process.

r/Eve - The share holder at the end of the day.

Rompakan ini dibuat dengan mengikut peraturan syarikat itu sendiri dan ini bermakna dalam EVE Online anda boleh mengelak peperangan yang berisiko jika musuh anda tidak membalas emel selama tiga hari.

RELATED NEWS

+