Permainan video perhitungan sosial (social deduction) banyak mendapat populariti pada tahun 2020.
Among Us sudah menjadi satu fenomena di laman sesawang penstriman seperti YouTube dan Twitch.
Dihasilkan oleh syarikat di Seoul, Korea Selatan, Mumo Studio pernah bekerja dengan Black Desert Online dan Dead to Rights.
Dubium membawa perhitungan sosial ini dengan lima karakter yang berada di dalam dunia sains fiksyen pada masa hadapan.
Pemain akan menjadi Frontier atau Traitor dan perlu melarikan diri dari pengkalan angkasa lepas yang terbengkalai.
Frontiers seperti crewmates di dalam Among Us dan perli membaiki panel solar untuk menghidupkan pod keselamatan.
Traitor pula akan membuat sabotaj bagi menyusahkan semua orang.
Dubium dijangka akan dilancarkan di Steam Early Access pada tahun hadapan.
Dubium cuba membawa perbezaan dengan beberapa ciri 3D baharu dan animasi yang lebih menonjol.
Anda boleh meningkatkan level gadget anda dan juga menukar pakaian karakter anda sendiri.
Masih belum diketahui Dubium mempunyai versi konsol atau tidak.